Thursday, September 6, 2012

RiNdU mY bLoG....

..dh 10 bln aku dop care blog nim....sepanjang 10 bln nim,ade lake kenangan pahit n manis....
..yg pertama kenangan manis ialah,aku dapat 1 awek yg comey ngt...bkn nk bngge..tpi gi2 r....aku mmg syg gile2 r dkt yew....aku dop leh idop tnpe dia....nk knl x siapa...hehehe....name makwe aku ialah NORAINAA SYAMIMI BINTI ELIAS....hehehe....aku arap,hubungan aku n dia,smpai ke akhir hayat aku.....

..kenangan pahit lop ialah,team bola sepak sekoloh aku mapuh kt suku akhir lwn skoloh padang negara dop silap aku....hahaha....kaloh pom sbb tendangan penalti 4-1....saing2 aku dop wk goal lake...kecuali sorang je wk goal....tpi gane2 pom aku blh gop SAVE bola penalti sutir...oh lupe nk kbo...hehehehe....aku blh bermain untuk AKADEMIK BOLA SEPAK NEGERI TERENGGANU(KTU)...hehehe....kulit aku mcm org negro je kuat ngt main bola ekpom.....

                                                 

                                                      NIM GAMBAR MEK AKU
                                                      
                                                    -COMEY kn mek aku...hehehe...
                                                    -I LOVE U CYUNK.....







♥ I am only a human being can not type very good post ♥

Tuesday, November 22, 2011

LaGu BeSt

                                                                  
Best r lagu nim....
hehehehe....
:'D

♥ I am only a human being can not type very good post ♥

Monday, May 16, 2011

perikse

esk dh perikse.....aku nk jwb molek ar....biar dpt nom top 10.....huhuhuhu......kwn2 doakan sye semoga dapat nom top 10.....hehehehe........
♥ I am only a human being can not type very good post ♥

Wednesday, May 11, 2011

HuKuM bErZiNa

Hadis Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat Muslim

Pada kali ini, insya Allah kita akan membincangkan hadis yg berkaitan dgn zina. Kita akan mengambil beberapa hadis tetapi ditumpukan pada hadis di atas. Perbicaraan hadis ini berpandukan kepada kitab Bahr Mazi yg merupakan sebuah kitab yg menerangkan  isi kandungan hadis Imam Turmudzi.

Hadis di atas merupakan hadis riwayat Imam Muslim. Hadis ini juga di riwayatkan oleh Imam Turmudzi. Hadis ini membawa kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Maiz bin Malik yg telah berzina.

Mengikut riwayatnya, telah sampai ke telinga Rasulullah SAW berkaitan perilaku Maiz bin Malik. Maka utk mendapatkan kepastian, Rasulullah SAW telah pergi bersemuka dgn sahabatnya, Maiz bin Malik dan bertanya kpdnya,Apakah benar berita yg sampai kepadaku mengenai dirimu? Bertanya Maiz kpd Rasulullah SAW pula,Berita apakah itu? Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda,Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab,Memang benar. Bahkan  dia sendiri mengaku sampai 4 kali bahawa dia memang melakukan zina. Maka cukupla syarat untuk dia dihukum menurut hukum hudud. Maka nabi telah memerintahkan sahabat2nya utk melaksanakan hukuman rejam keatasnya sampai mati kerana Maiz bin Malik telah berkahwin ketika dia berzina.

Menurut sesetgh ulama,  Nabi telah berpaling setiap kali pengakuan Maiz umpama tidak mahu mendgr Maiz membuat pengakuan itu. Namun Maiz tetap membuat pengakuannya berzina di hadapan nabi setiap kali nabi SAW berpaling drpdnya. Ulama hadis berpendapat kelakuan nabi berpaling menunjukkan bahawa baginda lebih suka kiranya Maiz bertaubat nasuha sahaja. Manakala, Maiz lebih rela dihukum mengikut syariat Allah, krn yakin dgn hukuman ke atasnya menyucikan dia dr dosa besar itu. 

Di dlm Bahr Madzi, sebelum Maiz di hukum, baginda telah bertanya kepada Maiz, Abika junun?(engkau gilakah). Dan jawab Maiz, Tidak! Maiz kemudiannya di hukum. Ketika dia di hukum, Maiz telah melarikan diri. Maka dikejar olehnya hingga ke satu bukit di mana matilah Maiz bin Malik di situ. Dikhabarkan berita akan kematiannya kepada Rasulullah. Rasulullah mengatakan bahawa Maiz merupakan soerang yg baik kerana telah membuat pengakuannya. Ulama Muhaddissin mengatakan bahawa kenyataan Nabi ini bertujuan agar org ramai tidak membuat sebarang umpatan ke atas Maiz bin Malik kerana dia telah suci dr dosanya. Namun begitu, Nabi SAW tidak menyembahyangkan mayat sahabatnya itu kerana ingin menunjukkan tidak setujunya  Maiz yg melarikan diri dr tpt hukumannya. Berbeza dlm kisah yg lain di mana seorang perempuan yg nerzina dan dijatuhkan hukuman rejam tetapi baginda menyembahyangkannya.

Sesungguhnya hukum hudud itu terdapat rahsia disebaliknya. Tidakkah kita sedar di dlm apabila setiap kali Allah menyebut perkataan Hudud, pasti ianya diiringi dgn nama Allah. Hukum hudud dan qisas merupakan pencegahan dr Allah ke atas perkara yg dilarangNya. Wallahualam.




an-nur.jpg






Bermaksud: Perempuan berzina dan lelaki yg berzina, hendaklah kamu sebat tiap2 seorang dr kedua-duanya seratus kali sebat; dan jgnlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu sekumpulan dr org yg beriman.

♥ I am only a human being can not type very good post ♥

Sunday, April 24, 2011

LuAhAn HaTi



Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu


Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta


Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu


Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini

Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu



Biarpun ombak yang merubah pantai

Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti



Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia

Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih



Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini

Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu



Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai

Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti



Sayangku pimpinkan tanganku

Menuju mahligai bahgia

Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih


♥ I am only a human being can not type very good post ♥

Friday, February 11, 2011

aYaT JiWaNg

ku ingin engkau mengerti .,
betapa kau ku cinta ., hanya padamu ...
aku bersumpah ., kau akan ku jaga sampai mati. . .
ku ingin selalu tuk menyangi mu .,
ku ingin selalu tuk mencintaimu ., walau sampai akhir hayat ini . . =)


♥ I am only a human being can not type very good post ♥

COuPlE

Wahai sahabat yang ana sayangi,

jauhilah diri couple kerana couple itu dianggap sebagai kita meminum racun yang kita sediakan sendiri untuk diri kita. Memanglah kita dapat menghilangkan rasa dahaga dan menikmati kelazatan air,
 akan tetapi sebenarnya boleh membunuh diri kita kerana ianya racu.

Racun tetap racun, tidak akan sesekali berubah menjadi madu. 
Racun itu akan berubah menjadi madu sekiranya cinta kita diijabkabulkan(berkahwin).
 Itulah sebenarnya cinta yang suci kerana si dia telah halal untuk kamu miliki.
Sama seperti cinta, kemanisan cinta(couple) hanyalah sementara sahaja dan akan menyakitkan hati kita dikemudian hari sekiranya si dia yang kita sayangi berhubung dengan perempuan lain, tidak ada masa untuk kita ataupun dia mempermainkan cinta. Apa gunanya couple. Dia tidak halal bagimu. Tidakkah kamu merasa berdosa menjalinkan hubungan dengan org yang bukan mahram. Rasa rindu akan menjadi barah, rasa cemburu akan membawa padah. Penangan cinta amat kuat dan melalaikan hati kita yang masih suci ini daripada mengingati Allah. Janji-janji palsu yang diberikan akan menyakitkan hatimu wahai sahabat. Kamu akan terluka sahabatku, dan mungkin akan kecewa dan seterusnya menutup pintu hatimu untuk orang lain.
Rasa rindu dihati hanyalah mainan syaitan untuk melalaikan kita. Membuatkan kita rindu pada pada si dia. Jika kamu pernah merasai sedemikian rupa,
 p'bykanlah istighfar kepada Allah kerana syaitan telah menusuk jarum-jarum halus ke dalam hatimu.
Memang tidak dapat dinafikan, setiap drp kita mendambakan cinta daripada seseorang lelaki.
Tetapi pilihlah cinta yang halal yang dapat memimpinmu di dunia dan membawamu ke syurga. Cinta ini sebenarnya merupakan dugaan daripada Allah kerana cinta itu sungguh berbisa jika terkena penangannya.
Sekiranya cinta datang, kuncilah pintu hatimu wahai sahabat. Katakanlah, sesungguhnya cintaku ini amat berharga dan hanya utuk Allah, Rasul dan orang yang halal bagiku iaitu suamiku. Ingat wahai sahabatku, couple itu tidak semestinya jodohmu . Jodohmu sudah dicatat oleh Allah dan 
buruk baiknya terletak pada diri kita.
Jika kita inginkan suami yang soleh, berkelakuanlah solehah kerana wanita yang solehah hanya untuk suami yang soleh.Berkahwinlah kamu kerana agamanya kerana kamu akan memiliki segalanya. Jika kamu memilih rupa paras, lama kelamaan rupanya akan pudar dan kamu akan meninggalkannya. Jika kamu memilih harta, lama kelamaan harta itu akan habis dan kamu akan kecewa. Dan kamu memilih pangkat dan darjat kamu akan binasa(dlam surah attakasur jgnlah kamu berbuat demikian yakni mengejar pangkat, harta dan darjat, sesungguhnya kamu akan dicampakkan ke dilemparkan ke dalam neraka yang menjulang). Dan sekiranya kamu meletakkan agama sebagai syarat untu memilih wanita, kamu akan berbahagia.
Couple itu dianggap harus bagi orang yang telah mengikat tali pertunangan. Ia diharuskan untuk memudahkan urusan perkahwinan, tapi ingat kamu belum boleh berbuat sewenang-wenangnya, kerana wanita itu belum halal bagimu. Lelaki yang sejati tidak akan mudah meluahkan kata-kata cinta kepada seseorang wanita kerana dia sedar dia perlu memperlengkapkan dirinya dengan kekuatan iman sebelum menjadi pemimpin kepada wanita yang telah halal baginya. Ingatlah sahabat, dengarlah pesanku ini, jodohmu tidak akan ke mana, akan menjadi milikmu jua melalui ikatan perkahwinan yang sah bukan atas dasar cinta palsu.
Jadilah umpama mawar yang berpagarkan duri sebagai pelindungnya. Buat masa ini, bercintalah dengan Allah kerana kita akan bahagia. Kita tidak akan merasa cemburu jika orang lain juga mencintai Allah malah akan memperkukuhkan lagi silaturrahim sesama muslimah. Jangan kamu wahai kaum hawa menjadi perosak kepada kaum lelaki, dan begitulah sebaliknya. 
Sama-samalah kita menaikkan syiar Islam di atas bumi Allah ini. 
ALLAHUKBAR!

♥ I am only a human being can not type very good post ♥