Friday, February 11, 2011

COuPlE

Wahai sahabat yang ana sayangi,

jauhilah diri couple kerana couple itu dianggap sebagai kita meminum racun yang kita sediakan sendiri untuk diri kita. Memanglah kita dapat menghilangkan rasa dahaga dan menikmati kelazatan air,
 akan tetapi sebenarnya boleh membunuh diri kita kerana ianya racu.

Racun tetap racun, tidak akan sesekali berubah menjadi madu. 
Racun itu akan berubah menjadi madu sekiranya cinta kita diijabkabulkan(berkahwin).
 Itulah sebenarnya cinta yang suci kerana si dia telah halal untuk kamu miliki.
Sama seperti cinta, kemanisan cinta(couple) hanyalah sementara sahaja dan akan menyakitkan hati kita dikemudian hari sekiranya si dia yang kita sayangi berhubung dengan perempuan lain, tidak ada masa untuk kita ataupun dia mempermainkan cinta. Apa gunanya couple. Dia tidak halal bagimu. Tidakkah kamu merasa berdosa menjalinkan hubungan dengan org yang bukan mahram. Rasa rindu akan menjadi barah, rasa cemburu akan membawa padah. Penangan cinta amat kuat dan melalaikan hati kita yang masih suci ini daripada mengingati Allah. Janji-janji palsu yang diberikan akan menyakitkan hatimu wahai sahabat. Kamu akan terluka sahabatku, dan mungkin akan kecewa dan seterusnya menutup pintu hatimu untuk orang lain.
Rasa rindu dihati hanyalah mainan syaitan untuk melalaikan kita. Membuatkan kita rindu pada pada si dia. Jika kamu pernah merasai sedemikian rupa,
 p'bykanlah istighfar kepada Allah kerana syaitan telah menusuk jarum-jarum halus ke dalam hatimu.
Memang tidak dapat dinafikan, setiap drp kita mendambakan cinta daripada seseorang lelaki.
Tetapi pilihlah cinta yang halal yang dapat memimpinmu di dunia dan membawamu ke syurga. Cinta ini sebenarnya merupakan dugaan daripada Allah kerana cinta itu sungguh berbisa jika terkena penangannya.
Sekiranya cinta datang, kuncilah pintu hatimu wahai sahabat. Katakanlah, sesungguhnya cintaku ini amat berharga dan hanya utuk Allah, Rasul dan orang yang halal bagiku iaitu suamiku. Ingat wahai sahabatku, couple itu tidak semestinya jodohmu . Jodohmu sudah dicatat oleh Allah dan 
buruk baiknya terletak pada diri kita.
Jika kita inginkan suami yang soleh, berkelakuanlah solehah kerana wanita yang solehah hanya untuk suami yang soleh.Berkahwinlah kamu kerana agamanya kerana kamu akan memiliki segalanya. Jika kamu memilih rupa paras, lama kelamaan rupanya akan pudar dan kamu akan meninggalkannya. Jika kamu memilih harta, lama kelamaan harta itu akan habis dan kamu akan kecewa. Dan kamu memilih pangkat dan darjat kamu akan binasa(dlam surah attakasur jgnlah kamu berbuat demikian yakni mengejar pangkat, harta dan darjat, sesungguhnya kamu akan dicampakkan ke dilemparkan ke dalam neraka yang menjulang). Dan sekiranya kamu meletakkan agama sebagai syarat untu memilih wanita, kamu akan berbahagia.
Couple itu dianggap harus bagi orang yang telah mengikat tali pertunangan. Ia diharuskan untuk memudahkan urusan perkahwinan, tapi ingat kamu belum boleh berbuat sewenang-wenangnya, kerana wanita itu belum halal bagimu. Lelaki yang sejati tidak akan mudah meluahkan kata-kata cinta kepada seseorang wanita kerana dia sedar dia perlu memperlengkapkan dirinya dengan kekuatan iman sebelum menjadi pemimpin kepada wanita yang telah halal baginya. Ingatlah sahabat, dengarlah pesanku ini, jodohmu tidak akan ke mana, akan menjadi milikmu jua melalui ikatan perkahwinan yang sah bukan atas dasar cinta palsu.
Jadilah umpama mawar yang berpagarkan duri sebagai pelindungnya. Buat masa ini, bercintalah dengan Allah kerana kita akan bahagia. Kita tidak akan merasa cemburu jika orang lain juga mencintai Allah malah akan memperkukuhkan lagi silaturrahim sesama muslimah. Jangan kamu wahai kaum hawa menjadi perosak kepada kaum lelaki, dan begitulah sebaliknya. 
Sama-samalah kita menaikkan syiar Islam di atas bumi Allah ini. 
ALLAHUKBAR!

♥ I am only a human being can not type very good post ♥

No comments:

Post a Comment